Tuesday, October 19, 2010

Yang Berhormat

Yang berhormat yang Yanie maksudkan ialah Puan Robizah Binti Haji Sudin

Terima kasih Yanie ucapkan kepada madam kerana banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih sekali lagi.. Jasa Madam Yanie tak kan lupakan sampai bila-bila... Yanie akan gunakan sepenuhnya ajaran yang telah Madam berikan itu...

Beliau banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk memberi tunjuk ajar kepada kami semua tentang projek Mock Seminar bagi kelas CSD5KC. Kami dah buat yang terbaik untuk Madam..

TERIMA KASIH... LOVE YOU SO MUCH....

WARGA CSD5KC


Inilah warga CSD5KC.... Yang bersama-sama menjayakan MOCK SEMINAR. Kami sanggup mengorbankan masa, tenaga, idea dan segalanya untuk menjayakan MOCK SEMINAR ini...

Inilah kenagan kami bersama di akhir semester ini... Kenangan ini tak kan di lupakan sampai bila-bila... Kami bersatu hati dan jiwa agar dapat lakukan yang terbaik untuk MOCK SEMINAR ini...

Monday, October 18, 2010

Designer



Wajah Designer Invention Card



SHAMSURIAYANI BINTI MOHD SHAKRI
2008295076
CSD5KC




SITI FATIMAH BINTI HAJI SAUD
CSD5KC

Sunday, October 17, 2010

***MasaLah***

Pelbagai masalah yanie kena hadapai apabila berada di dalam group... Ada sahaja yang tidak kena...

Hati yanie selalu gelisah dan tidak tenang hanya kerana apa kerana kena jaga hati kawan2... Takut terluka @ kecik hati dgn apa yang yanie lakukan @ percakapan Yanie..

Walau macam mana pun yanie kena hadapinya dengan sebaik mungkin... Biasa la... Nama lagi adab belajar...

Setiap kali yanie membuat kerja bersama group mesti ada yang akan menangis, kecik hati dan panas baran.. Yanie mengakui kesabaran yanie selalu teruji.

Dengan adanya group Yanie boleh mengajar diri yanie menjadi lebih sabar, bertanggungjawab, tabah dan sebagainya... Yanie dah lakukan yang terbaik untuk group Yanie... Sekarang nie terpulang kepada group Yanie untuk menerima hasil kerja Yanie bersama group Yanie..

Dalam setiap kerja yang kita lakukan mesti ada masalah tak kira berat, ringan, besar @ kecil sekalipun... Masalah mesti lah di selasaikan secara baik dan sempurna...

Dengan selesainya masalah di dalam group Yanie bermakna selesai sudah kerja yanie sebagai pembuat invention card....

Tuesday, October 12, 2010

Card

Masa kelas speecial topic kepala Yanie dah pening dan berpusing.. kerana madam akan bahagikan tugas masing2. Yanie ditugaskan membuat invention card ini.. pening-pening!!!

Yanie tertanya-tanya sendirian macam mana ye nak buat card nie... macam2 idea datang tpi satu pun tak menjadi kerana takut kena reject... hak..hak..

Pada permulaannya Yanie buat seperti kad kahwin... Lucu lak rasanya.. Macam nak jemput orang pergi kenduri lak.... yang permulaan nie yanie tak tunjuk kat madam pun.. Buat saja2 je... Uji kaji dulu.... Yanie search kat internet untuk melihat contoh-contoh invention card...

Design, warna dan bentuk yanie ambik melalui browser... Madam ada bagi tahu yang madam nak selaras dan sama semuanya... Jadi Yanie ambil design, warna dan bentuk melaui pembuat browser...

Design, warna dan bentuk dah siap tapi yang masalahnya kandungan di dalam invention card itu... Tak tahu nak guna bahasa macam mana.. Yanie menanyakan timbalan pengerusi nak tulis dan guna bahasa yang sesuai untuk invention card ini...

Selepas selesai semuanya barulah yanie dan kawan yanie menulis isi kandungan di dalam invention card itu... beberapa hari jugak lah di ambil untuk membuat invention card tersebut..

Seminggu sebelum berlangsungnya mock seminar tersebut yanie dan kawan yanie menunjukkan invention card itu kepada madam untuk di komen @ memastikan sesuai dengan tema... Alhamdullilah... Invention card itu di terima baik oleh madam...

Selepas itu yanie dan kawan yanie pergi print invention card untuk di serahkan kepada madam... Kami mahukan yang terbaik jadi kami print invention card itu menggunakan kertas yang berharga RM10.. Pada kami harga kertas itu mahal tapi tak apalah asalkan kami berpuas hati dengan hasil kerja kami...

Selepas selesai semuanya keesokkan hari kami menyerahkan invention card kepada madam.. Alhamdullillah.... Selesai sudah tugas kami.....

PerBincangan....

Perbincangan dalam sesebuah projek amat penting...
Dengan perbincangan lah kita dapat mendapat idea atau info-info yang menarik dan banyak.

Sebelum membuat invention card yanie melakukan perbincangan terlebih dahulu agar memudahkan yanie dan kawan yanie membuat invention card tersebut...

Bukan senang untuk mengadakan perbincangan kerana masing2 sibuk dengan kerja,assigment dan projek... Yanie mencari masa dan waktu yang sesuai untuk membuat perbincangan tentang tugasan Yanie...
Ada masanya kami berselisih pendapat tentang idea masing2.

Madam mahu kami membuat invention card, poster, banner, browser, dan lain2 biar seragam dan sama.. Pening kami di buatnya kerana masing2 dgn idea yang tersendiri... masa ini lah kite dapat melihat pelbagai kerenah dan tingkah laku antara satu sama lain..ada yang keras kepala, ada yang mengikut saja, dan sebagainya...
Tapi kami bukan pentingkan diri sendiri..kami mengambil kata sepakat dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.. tingkah laku kami satu kelas amat hyperaktif.. pening kepala pengerusi untuk jaga dan handle kami semua..hak..hak..

Selepas beberapa minit kemudian kami mengambil kata putus apakah tajuk seminar, warna, motto, bentuk design, dan sebagainya...

Contoh seperti berikut:

Tajuk Seminar : MASALAH SOSIAL DARI PERSPEKTIF MAHASISWA
Warna : Purple dan Putih
Motto : Inspirational, Creativity and Fresh Thinking

Gambar semasa perbincangan berlangsung :



sedang membincangkan sesuatu......

Monday, October 11, 2010

oH rePort

Tinggal berapa minggu lagi musim demam EXAM...

Sebelum menjelangnya minggu demam itu yanie perlu menyiapkan report special topic terlebih dahulu....

REPORT???? apakah itu report???termenung seketika yanie di buatnya... sebelum yanie menaip@menyiapkan report tersebut, terlebih dahulu yanie membaca dan memahami apa yang madam kehendaki... garu kepala yanie di buatnya... dah la kena buat dalam fully bahasa english...semakin kuat la yanie garu kepala yang tidak gatal..hak..hak..

Madam ada bagi 3 soalan yang perlu di beri penjelasan yaitu.....

1 : what do i learn best
2 : my worst mistake
3 : my promises

Ternganga mulut yanie di buatnya kerana tak faham apa kehendak soalan... Bermula la tugas yanie untuk membuat kecoh menanyakan soalan2 tersebut dari kawan2 yanie... Mula2nya mereka membebel terhadap yanie tapi yanie buat tak kesah je...biarlah diaorg nak ckp apa pn yang penting yanie faham dan apa yang soalan tu nak...

Mengambil beberapa hari jugak la untuk mencari idea... Membuat report pun yanie kena mengadap television... Kerana yanie dah terbiasa membuat kerja di hadapan tv... Idea yang ada sudah di rangka dan di kaji agar tidak terpesong dari soalan...

Selepas itu yanie menulis report tersebut di dalam bahasa melayu terlebih dahula al maklum lah bahasa englishnya tidak berapa pandai... Sesudah menulis dalam bahasa melayu yanie mencari kamus sebanyak yang mungkin... Kecoh satu rumah dgn suara yanie mencari kamus...

Yanie translate semua ayat bahasa melayu ke bahasa english...biarpn terasa penat tapi yanie puas dgn hasil kerja yanie. yanie dah buat yang terbaik untuk report tersebut... yanie meminta kawan satu rumah untuk check vocab dan spelling yanie..alhamdullillah...dia sudi membantu yanie dalam membetulkan kesalahan yang ada...

Sebelum menghantar report itu kepada madam yanie check sekali lagi...di dalam hati yanie berkata... " aku dah siapakan report yang madam nak. Selepas itu terpulang lah pada madam nak terima @ reject.."

Yanie menghantar tepat pada tarikh dan masa yang madam suruh hantar itu...

Wednesday, October 6, 2010

- SeMinaR-






sedikit gambar yang ingin di kongsi bersama..........

Sunday, October 3, 2010

TugasanKu

Sebelum yanie menjalankan projek ini yanie dan warga CSD5KC bermesyuarat terlebih dahulu untuk berbincang tntg projek apa yang perlu di laksanakan...

Terdapat pelbagai idea dan tajuk yang di keluarkan oleh warga CSD5KC.. Sebelum itu madam membahagikan tugas dan melantik jawatankuasa seperti Pengurusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sebagainya...

Yanie di tugaskan sebagai invitation card..yanie bersama seorang lagi partner yanie akan menlaksanakan tugas ini...yanie xpernah membuat card nie...pada permulaan yanie ketandusan idea untuk membuat card nie... apabila berbincang dengan partner yanie maka terkeluarlah segala idea yang berada di otak ini... pelbagai corak dan bentuk kami reka..tak thu la sesuai @ tidak dengan majlis mock seminar itu.. :) ... berapa minggu masa di ambil untuk menyiapkan invitation card ini... pada mulanya kami bebas mencipta kad tersebut tetapi madam meminta kami menyeragamkan corak, warna dan bentuk... banyak kali juga card kami di reject kerana masih ada yang perlu di baiki... yanie tidak kisah sbb dgn akan menjadi lebih kreatif....