Tuesday, October 12, 2010

Card

Masa kelas speecial topic kepala Yanie dah pening dan berpusing.. kerana madam akan bahagikan tugas masing2. Yanie ditugaskan membuat invention card ini.. pening-pening!!!

Yanie tertanya-tanya sendirian macam mana ye nak buat card nie... macam2 idea datang tpi satu pun tak menjadi kerana takut kena reject... hak..hak..

Pada permulaannya Yanie buat seperti kad kahwin... Lucu lak rasanya.. Macam nak jemput orang pergi kenduri lak.... yang permulaan nie yanie tak tunjuk kat madam pun.. Buat saja2 je... Uji kaji dulu.... Yanie search kat internet untuk melihat contoh-contoh invention card...

Design, warna dan bentuk yanie ambik melalui browser... Madam ada bagi tahu yang madam nak selaras dan sama semuanya... Jadi Yanie ambil design, warna dan bentuk melaui pembuat browser...

Design, warna dan bentuk dah siap tapi yang masalahnya kandungan di dalam invention card itu... Tak tahu nak guna bahasa macam mana.. Yanie menanyakan timbalan pengerusi nak tulis dan guna bahasa yang sesuai untuk invention card ini...

Selepas selesai semuanya barulah yanie dan kawan yanie menulis isi kandungan di dalam invention card itu... beberapa hari jugak lah di ambil untuk membuat invention card tersebut..

Seminggu sebelum berlangsungnya mock seminar tersebut yanie dan kawan yanie menunjukkan invention card itu kepada madam untuk di komen @ memastikan sesuai dengan tema... Alhamdullilah... Invention card itu di terima baik oleh madam...

Selepas itu yanie dan kawan yanie pergi print invention card untuk di serahkan kepada madam... Kami mahukan yang terbaik jadi kami print invention card itu menggunakan kertas yang berharga RM10.. Pada kami harga kertas itu mahal tapi tak apalah asalkan kami berpuas hati dengan hasil kerja kami...

Selepas selesai semuanya keesokkan hari kami menyerahkan invention card kepada madam.. Alhamdullillah.... Selesai sudah tugas kami.....

0 comments:

Post a Comment